Tuesday, December 22, 2009

Saksikan Video Echinodermata!

Mari saksikan video yang menarik,hidupan air yang diciptakan Allah tanpa otak,kaki..tetapi mampu bergerak dan hidup..Allahu Ahkbar!

http://www.youtube.com/watch?v=IVZtl_uPnlg

http://www.youtube.com/watch?v=F0maWuci2MU

http://www.youtube.com/watch?v=A100m5EpfFI

http://www.youtube.com/watch?v=IBPUnPoYo14

http://www.youtube.com/watch?v=OD1M5OOoto4

http://www.youtube.com/watch?v=PakhDt8W4I4

http://www.youtube.com/watch?v=X-oAEqQQfws

Apa itu Echinodermata?

Baiklah.pasti pembaa tertanya-tanya apa itu Echinodermata?Dalam bidang biology ada satu paper yang dinamakan sebagai BIODIVERSITY(kepelbagaian Kehidupan),subjek ini adalah untuk mengetahui keplbagaian kehidupan meliputi haiwan,tumbuh-tumbuhan,hidupan mikro..kira semua yang dinamakan kehidupan,maka,adalah kepelbagaiannya.Apabila kami belajar kepelbagaian hidupan,sudah semestinya kami perlu belajar cara-cara hidupan ini dikelaskan dan dinamakan,proses ini dinamakan sebagai TAXANOMY.

Echinodermata ini adalah nama bagi Phylum hidupan.Taxanomy dimulakan dari Domain,Kingdom,Phylum,Class,Order,Family,Genus dan akhirnya Spesis.

Domain=Eukarya
Kingdom=Animalia
Subkingdom=Eumetazoa
Superphylum=Deuterostomia
Phylum=Echinodermata

Pengkelasan ini dilakukan dengan memerhatikan ciri-ciri fizikal,ujian DNA,cara kehidupan,semua akan dikaji sehingga satu-satu hidupan itu ditempatkan dikelas yang sesuai selepas dikaji.Kerana itu,pelajar Biology perlu membaca bahan bacaan yang terkini,di update,kerana kajian berlangsung dan ada pembaharuan dalam penemuan pengkajian.

Echinodermata,terdapat di setiap kedalaman air laut.Phylum ini mempunyai 7000 spesis hidupan.Subhanallah,banyak.Superphylum kedua terbesar(Deuterostomia) selepas chordates(Haiwan bertulang belakang).

Echinodermata mempunyai pelbagai kepentingan daam keseimbangan ekosistem hidupan air,mereka menghasilkan mineral-mineral seperti batu kapur(limestones).

Echinodermata ini terdiri daripada Asteroida(Starfish),Ophiruidea(Brittle stars),Echinoidea(Sea Urchin dan Sand Dollars) dan Holothuroidea(Sea Cucumber).

Kulit dan Rangka,
Rangkanya adalah mesodermal Skeleton(rangka separa dermal)yang dibuat daripada Calcareous Plates.Epidermisnya terdiri daripada sel yang bertanggungjawab dalam menyokong dan menjaga rangkanya.Mempunyai sel-sel pundi(glands) untuk merembeskan(secrete) cecair yang melekit atau bertoksin.

Kepelbagai warna yang ada pada Echinodermata adalah disebabkan oleh actin yang menghasilkan pigmen sel.Boleh terjadi mereka sensitif terhadap cahaya,boleh bertukar warna apabila waktu malam.

Sistem pengangkutan air(water vascular system).

Dikenali juga sebagai ambrucal system,satu rangkaian yang terdiri daripada saluran yang mengandungi air yang berfungsi sebagai pertukaran gas,pemakanan dan pergerakan.Terdiri daripada gegelang di bahagian tengah(central ring),hydrocoel,radial ambulance.Also expressed as Tube-Feet.

Habitat,hidup pada dasar laut(benthic),live on the seafloor.

Makanan,Echinodermata makan mengikut jenis haiwannya,jika Brittle Stars mereka adalah filter feeders(menapis air laut),jika Sea Urchin mereka adalah Grazers(mengiki makanan pada batu karang ata batu),Seastars pula mereka adalah hunter(pemburu) dan Sea Cucumber adalah deposit feeders.

Monday, December 21, 2009

Echinodermata

Sea Urchin(Echinoidea)
Sea Cucumber(Holothuroidea)
Starfish(Asteroidea) Brittle stars(Ophiuroidea)




Sunday, December 20, 2009

Tengok video Sand Dollars.


Sand Dollars.

Sand Dollars adalah nama biasa atau dikenali sebagai Common names.Nama saintifik Sand Dollars adalah Clypeasteroida.
  • Domain=Eukarya
  • Kingdom=Animalia
  • Phylum=Echinodermata
  • Class=Echinoidea
  • Sublass=Euchinoidea
  • Superorder=Gnathostomata
  • Order=Clypeasteroida

Bentuknya seperti duit syiling,leper.Mempunyai rangka yang kukuh(rigid skeleton) dan rangka ini dinamakan sebagai TEST.

Apabila sand dollars ini masih hidup,mereka mempunyai duri(spines) yang menyelaputi TEST(covering the TEST).Pergerakan mereka ini di koordinasi oleh aksi pergerakan duri tersebut.

Sand dollars ad 5 pasang rongga(5 paired rows of pores) yang disusun seperti bentuk kelopak bunga.Rongga ini ditenggalami tulang dalaman(endoskeleton),yang digunakan untuk penukaran gas(exchange Gases).

Habitat(tempat tinggal) sand dollars adalah di tempat purata air yang rendah di atas pasir atau berlumpur.Durinya(spines) adalah di bawah permukaan Sand Dollars untuk pergerakan membolehkan ia memasuki pasir dan lumpur.

Pada durinya ada cilia,dan ditengahnya ada mulut terbuka(mouth opening) yang terletak di bawah permukaan sand dollars ini yang dinamakan sebagai Oral Surface.
Sand dollars makan Crustaceans larvae,copepodes yang kecil,diatoms,algae dan detritus(bangkai).
Seks sand dollars adalah berasingan dan gamete akan dikeluarkan ke ruang air untuk disenyawakan.



Sand Dolars ini ada pelbagai warna,kehijau-hijauan,biru atau ungu.



Ini gambar morphology sand dollars..
Saya ingin berkongsi pengalaman saya di Mukahead sewaktu praktikal,kami pun kutip sample,siapa yang dapat sand dollars ini punyalah hepi sebab susah ye sand dollars ini nak dijumpai.Kalau jumpa yang masih hidup jangan bawa pulang,bawa pulang yang sudah mati sahaja untuk memastikan mereka dapat reproduktif.
Kalau baca dan tengok gambar tak best,kena tengok video.Mari tengok ni...Menakjubkan sungguh ciptaan Allah.